Rancangan Malaya Pertama (1956 – 1960) telah dilancarkan mengikut projek-projek
di bawah suatu perancangan pelaburan sektor awam yang bersepadu . Matlamat
utama rancangan pembangunan ini adalah untuk membangunkan ekonomi negara
dengan memberi penekanan kepad sektor luar Bandar . Pelaksanaan Rancangan
Malaya Pertama telah menampakkan kejayaan cemerlang dengan penubuhan
DUA agensi kerajaan , iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ( FELDA ) dan
Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada tahun 1956 .
RANCANGAN MALAYA KEDUA (1961 -1965)
Rancangan Malaya Kedua dilancarkan dengan beberapa kemajuan telah dicapai .
Pertama , rancangan ini diseliakan oleh satu jawatankuasa antara jabatan dengan
bantuan sebuah urusetia ekonomi dan pakar perunding Bank Dunia . Kedua ,
perancangan ini menggunakan dua kaedah , iaitu perancangan dari atas ke bawah
dan perancangan dari bawah ke atas . Ketiga , satu kajian menyeluruh dilaksanakan
ke atas perkembangan ekonomi negara bagi beberapa tahun sebelumnya .
Kerajaan memperuntukkan dua kali ganda bagi pembangunan berbanding dengan
Rancangan Malaya Pertama .
RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA (1966-1970)
Rancangan Malaysia Pertama (RMP) memberi tumpuan kepada tenaga manusia
dan program ke atas setiap sektor ekonomi . RMP ini juga memberi penekanan
ke atas aspek integrasi antara penduduk di Malaysia termasuk Sabah dan
Sarawak . Bagi melaksanakan tujuan ini , Kerajaan telah menggubal satu program
pembangunan khusus untuk meningkatkan kebajikan semua rakyat sama ada
sektor awam atau swasta . Tumpuan diberikan kepada pertumbuhan ekonomi agar
dinikmati oleh golongan miskin . Seterusnya , Kerajaan menubuhkan beberapa
agensi , iaitu Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) , Majlis Amanah
Rakyat (MARA) , Bank Bumiputera , Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) dan
Lembaga Penasihat Tarif . Rancangan Malaysia Pertama memberikan kejayaan
kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat dan mantap .
RANCANGAN MALAYSIA KEDUA (1971-1975)
Rancangan Malaysia Kedua dilancarkan untuk mengatasi sosioekonomi yang
tidak seimbang antara kumpulan etnik dengan kawasan –kawasan . Dasar Ekonomi
Baru (DEB) dilancarkan untuk membasmi kemiskinan rakyat tanpa mengira kaum
dan menyusun semula masyarakat Malaysia dengan tujuan memulih ekonomi
yang tidak seimbang serta menghapus pengenalan kaum mengikut fungsi
ekonomi . Kerajaan memberi tumpuan kepada sektor awam , terutama dalam
bidang perdagangan dan perindustrian . Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS)
ditubuhkan pada tahun 1974 . Dalam tempoh RMK2 , Keluaran Dalam Negeri Kasar
(KDNK) telah bertambah 7.4% berpunca daripada sektor yang berikut :
(a) Pertanian – 25%
(b) Pembuatan – 19.3%
(c) Perdagangan – 14.4%
(d) Perkhidmatan – 10.15%
RANCANGAN MALAYSIA KETIGA ( 1976-1980)
Rancangan Malaysia Ketiga dilancarkan dengan memperkenalkan Rangka
Rancangan Jangka Panjang Pertama (1971-1990) . RMK3 ini merupakan peringkat
Kedua pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) . Pembangunan sektor pertanian
dan perindustrian terus digiatkan bagi mendapatkan pendapatan , produktiviti dan
peluang pekerjaan . Mengikut Malaysia Kita (2014) , dalam tempoh pelaksanaan
DEB , ekonomi Malaysia berkembang pada keluaran KDNK dengan kadar purata
7.8% walaupun sasaran yang ditetapkan adalah sebanyak 8% setahun .
RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH(1996-2000)
RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT (1981-1985)
Rancangan Malaysia Keempat dilancarkan ketika suasana ekonomi negara dan
dunia dilanda kemelesetan . Malaysia mengalami kemerosotan dalam pembayaran
gaji , kejatuhan harga dan penurunan pendapatan eksport dalam sektor komoditi ,
kelembapan sektor swasta dan kadar pengangguran yang semakin meningkat .
Kerajaan mewujudkan dasar dan strategi baharu seperti mengadakan system mini
Estet pertanian , koperasi , dan strategi pembangunan luar bandar . Program yang
diperkenalkan ini sejajar dengan Dasar Pertanian Negara dan Dasar Halacara Baru
bagi membangunkan kawasan kampung dan luar bandar . Berdasarkan data yang
diperoleh daripada Malaysia Kita (2014) , keluaran KDNK berkembang pada kadar
purata 5.8% . Namun begitu , kadar ini lebih merosot kerana berlaku kelembapan ekonomi
dalam sektor pembuatan dan perlombongan .
RANCANGAN MALAYSIA KELIMA (1986-1990)
Rancangan Malaysia Kelima dilancarkan dalam kedudukan ekonomi yang
masih lagi meleset . Pelaksanaan dan perancangannya berasaskan pertumbuhan
yang lebih rendah . Teras pembangunan RMK5 ini ialah perpaduan negara dan
mencapai objektif DEB . Peranan RMK5 ialah meningkatkan sektor swasta menerusi
kelonggaran peraturan dan kawalan dari segi hak milik syarikat , perlesenan
dan kegiatan ekonomi . RMK5 ini menggiatkan semula sektor pertanian dengan
melonggarkan syarat-syarat penggunaan tanah , penanaman padi secara ladang ,
penggunaan tanah lombong bagi aktiviti pertanian dan mengusahakan sawah
terbiar dengan tanaman yang sesuai . Satu strategi baharu juga diperkenalkan , iaitu
penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi meningkatkan produktiviti , keupayaan
dan kecekapan guna tenaga tempatan . Dengan berakhirnya RMK5 , maka tamatlah
Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1)Jangka Panjang Pertama (RRJP1)
RANCANGAN MALAYSIA KEENAM(1991-1995)
Matlamat utama RMK-6 ialah mengekalkan momentum pembangunan pesat ekonomi negara.Strategi RMK-6 ialah meningkatkan kecekapan dan daya saing ekonomi di samping menggalakkan sektor swasta untuk terus memainkan peranan dalam perkembangan ekonomi negara.Memperteguh kedudukan hasil kerajaan persekutuan iaitu mengurangkan perbelanjaan yang tidak produktif dan menyegerakan pelaksanaan program penswastaan untuk memberbaik kedudukan kewangan sektor awam.Mengekalkan dasar liberalisasi,pelonggaran peratusan dan undang2 untuk memberbaik iklim
pelaburan.Langkah2 juga akan diambil untuk mempermudahkan prosedur dan peraturan pentadbiran pada peringkat persekutuan,negeri,dan kerajaan tampatan untuk menyegerakan pelaksanaan projek2 sektor swasta.Mengubah struktur
industri sedia ada kepada penggunaan teknologi yang lebih canggih dan keluaran yang lebih bermutu untuk memenuhi keperluan pasaran di negara maju.
No comments:
Post a Comment