Saturday 16 September 2017



RANCANGAN MALAYA PERTAMA  (1956 -1960)
Rancangan Malaya Pertama (1956 – 1960) telah dilancarkan mengikut projek-projek
di bawah suatu perancangan pelaburan sektor awam yang bersepadu . Matlamat
utama rancangan pembangunan ini adalah untuk membangunkan ekonomi negara
dengan memberi penekanan kepad sektor luar Bandar . Pelaksanaan Rancangan
Malaya Pertama telah menampakkan kejayaan cemerlang dengan penubuhan
DUA agensi kerajaan , iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ( FELDA ) dan
Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada tahun 1956 .

RANCANGAN MALAYA KEDUA  (1961 -1965)
Rancangan Malaya Kedua dilancarkan dengan beberapa kemajuan telah dicapai .
Pertama , rancangan ini diseliakan oleh satu jawatankuasa antara jabatan dengan
bantuan sebuah urusetia ekonomi dan pakar perunding Bank Dunia . Kedua ,
perancangan ini menggunakan dua kaedah , iaitu perancangan dari atas ke bawah
dan perancangan dari bawah ke atas . Ketiga , satu kajian menyeluruh dilaksanakan
ke atas perkembangan ekonomi negara bagi beberapa tahun sebelumnya .
Kerajaan memperuntukkan dua kali ganda bagi pembangunan berbanding dengan
Rancangan Malaya Pertama  .

RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA (1966-1970)
Rancangan Malaysia Pertama (RMP) memberi tumpuan kepada tenaga manusia
dan program ke atas setiap sektor ekonomi . RMP ini juga memberi penekanan
ke atas aspek integrasi antara penduduk di Malaysia termasuk Sabah dan
Sarawak . Bagi melaksanakan tujuan ini , Kerajaan telah menggubal satu program
pembangunan khusus untuk meningkatkan kebajikan semua rakyat sama ada
sektor awam atau swasta . Tumpuan diberikan kepada pertumbuhan ekonomi agar
dinikmati oleh golongan miskin . Seterusnya , Kerajaan menubuhkan beberapa
agensi , iaitu Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) , Majlis Amanah
Rakyat (MARA) , Bank Bumiputera , Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) dan
Lembaga Penasihat Tarif . Rancangan Malaysia Pertama memberikan kejayaan
kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat dan mantap .

RANCANGAN MALAYSIA KEDUA (1971-1975)
Rancangan Malaysia Kedua dilancarkan untuk mengatasi sosioekonomi yang
tidak seimbang antara kumpulan etnik dengan kawasan –kawasan . Dasar Ekonomi
Baru (DEB) dilancarkan untuk membasmi kemiskinan rakyat tanpa mengira kaum
dan menyusun semula masyarakat Malaysia dengan tujuan memulih ekonomi
yang tidak seimbang serta menghapus pengenalan kaum mengikut fungsi
ekonomi . Kerajaan memberi tumpuan kepada sektor awam , terutama dalam
bidang perdagangan dan perindustrian . Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS)
ditubuhkan pada tahun 1974 . Dalam tempoh RMK2 , Keluaran Dalam Negeri Kasar
(KDNK) telah bertambah 7.4% berpunca daripada sektor yang berikut :
(a) Pertanian – 25%
(b) Pembuatan – 19.3%
(c) Perdagangan – 14.4%
(d) Perkhidmatan – 10.15%


RANCANGAN MALAYSIA KETIGA  ( 1976-1980)
Rancangan Malaysia Ketiga dilancarkan dengan memperkenalkan Rangka
Rancangan Jangka Panjang Pertama (1971-1990) . RMK3 ini merupakan peringkat
Kedua pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) . Pembangunan sektor pertanian
dan perindustrian terus digiatkan bagi mendapatkan pendapatan , produktiviti dan
peluang pekerjaan . Mengikut Malaysia Kita (2014) , dalam tempoh pelaksanaan
DEB , ekonomi Malaysia berkembang pada keluaran KDNK dengan kadar purata
7.8% walaupun sasaran yang ditetapkan adalah sebanyak 8% setahun .
RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT (1981-1985)
Rancangan Malaysia Keempat dilancarkan ketika suasana ekonomi negara dan
dunia dilanda kemelesetan . Malaysia mengalami kemerosotan dalam pembayaran
gaji , kejatuhan harga dan penurunan pendapatan eksport dalam sektor komoditi ,
kelembapan sektor swasta dan kadar pengangguran yang semakin meningkat .
Kerajaan mewujudkan dasar dan strategi baharu seperti mengadakan system mini
Estet pertanian , koperasi , dan strategi pembangunan luar bandar . Program yang
diperkenalkan ini sejajar dengan Dasar Pertanian Negara dan Dasar Halacara Baru
bagi membangunkan kawasan kampung dan luar bandar . Berdasarkan data yang
diperoleh daripada Malaysia Kita (2014) , keluaran KDNK berkembang pada kadar
purata 5.8% . Namun begitu , kadar ini lebih merosot kerana berlaku kelembapan ekonomi
dalam sektor pembuatan dan perlombongan .

RANCANGAN MALAYSIA KELIMA  (1986-1990)
Rancangan Malaysia Kelima dilancarkan dalam kedudukan ekonomi yang
 masih lagi meleset . Pelaksanaan dan perancangannya berasaskan pertumbuhan
yang lebih rendah . Teras pembangunan RMK5 ini ialah perpaduan negara dan
mencapai objektif DEB . Peranan RMK5 ialah meningkatkan sektor swasta menerusi
kelonggaran peraturan dan kawalan dari segi hak milik syarikat , perlesenan
 dan kegiatan ekonomi . RMK5 ini menggiatkan semula sektor pertanian dengan
melonggarkan syarat-syarat penggunaan tanah , penanaman padi secara ladang ,
penggunaan tanah lombong bagi aktiviti  pertanian dan mengusahakan sawah
terbiar dengan tanaman yang sesuai . Satu strategi baharu juga diperkenalkan , iaitu
penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi meningkatkan produktiviti , keupayaan
dan kecekapan guna tenaga tempatan . Dengan berakhirnya RMK5 , maka tamatlah
Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1)Jangka Panjang Pertama (RRJP1)

 RANCANGAN MALAYSIA KEENAM(1991-1995)
Matlamat utama RMK-6 ialah mengekalkan momentum pembangunan pesat ekonomi negara.Strategi RMK-6 ialah meningkatkan kecekapan dan daya saing ekonomi di samping menggalakkan sektor swasta untuk terus memainkan peranan dalam perkembangan ekonomi negara.Memperteguh kedudukan hasil kerajaan persekutuan iaitu mengurangkan perbelanjaan yang tidak produktif dan menyegerakan pelaksanaan program penswastaan untuk memberbaik kedudukan kewangan sektor awam.Mengekalkan dasar liberalisasi,pelonggaran peratusan dan undang2 untuk memberbaik iklim
 pelaburan.Langkah2 juga akan diambil untuk mempermudahkan prosedur dan peraturan pentadbiran pada peringkat persekutuan,negeri,dan kerajaan tampatan untuk menyegerakan pelaksanaan projek2 sektor swasta.Mengubah struktur 
industri sedia ada kepada penggunaan teknologi yang lebih canggih dan keluaran yang lebih bermutu untuk memenuhi keperluan pasaran di negara maju.

RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH(1996-2000)
RMK7 masih berlandaskan konsep pembangunan seimbang dengan mengandungi strategi-strategi baharu yang menjadi
Peralihan daripada strategi pertumbuhan yang didorong oleh pelaburan untuk pertumbuhan produktiviti. Strategi lain ialah 
Peralihan kepada pengeluaran berskala besar bagi eksport oleh industry industry Malaysia. Strategi seterusnya ialah
 memperluaskan dan memperkaya asas sains dan teknologi. Tumpuan dan penekanan juga diberikan kepada sector swasta 
Yang menunjukkan prestasi dan pertumbuhan ekonomi serta pembangunan negara. RMK7 ini juga melihat kepada konsep
Pensyarikatan Malaysia, perkhidmatan awam dan kerajaan untuk terus menyediakan infrastruktur yang diperlukan bagi 
Persaingan di peringkat global. RMK7 dirangka untuk membawa Malaysia memasuki ambang abad ke 21. hasrat dan aspirasi
Kerajaan untuk mencapai status negara maju menjelang 2020 dan pelaksanaan projek-projek pembangunan negara.
RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN(2001-2005)
Merupakan fasa pertama pelaksanaan RRJP3 yang meliputi tempoh 2001-2010. dalam tempoh RMK8,ekonomi Malaysia
Menghadapi cabaran yang besar kesan peningkatan globalisasi,liberalisasi dan kemajuan pesat dalam teknologi terutamanya
Teknologi maklumat dan komunikasi(ICT), RMK8 menumpukan kepada pembangunan ekonomi berasaskan penawaran tenaga 
Buruh yang berkualiti, meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan(R&D) dan mempercepatkan pembangunan sektor
Yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Penekanan diberikan kepada usaha memperkukuhkan nilai nilai positif dalam 
Kalangan rakyat yang membentuk masyarakat bersatu padu. RMK8 ialah memberikan tumpuan untuk mencapai pertumbuhan
Mampan dengan berdaya tahan. Tumpuan utama adalah pada inisiatif sektor swasta bagi menyediakan rangka dasar yang
 kondusif serta perkhidmatan berkualiti, teras pembangunan RMK8 ialah 
   1) pengekalan kestabilan ekonomi mikro
   2) pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat
   3) pertumbuhan yang didorong oleh produktiviti
   4) peningkatan daya saing sector utama
   5) perluasan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
   6) peningkatan pembangunan sumber manusia
   7) pencapaian pembangunan mampan
   8) peningkatan kualiti hidup
   9) penanganan isu sosial
 10) pengukuhan nilai moral dan etika
RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (2006-2010)
Rancangan pembangunan Malaysia bagi tempoh 2006-2010, rancangan lima tahun ini diumumkan setelah Malaysia
Melalui fasa 15 tahun pertama sejak Wawasan 2020 diumumkan oleh TUN DR MAHATHIR MOHAMAD. RMK9 
Bermatlamat untuk terus memacu negara ke arah kemakmuran walaupun Malaysia menghadapi persekitaran dalam
Dan luar negara yang sukar seperti  kesan krisis kewangan dan kenaikan harga minyak. RMK9 mempunyai lima teras
Utama seperti yang berikut:
   1) meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi
   2) meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama
   3) menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif
   4) meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup
   5) mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan